Wednesday, 26 September 2012

Khasiat Ikan dan Omega-3



Saya sangat-sangat tertarik untuk berkongsi info yang saya petik dari majalah Anis.  Ini kerana kurangnya prihatin tentang peri pentingnya khasiat-khasiat yang dapat kita manfaatkan dari ikan yang mempunyai  khasiat omega-3 .

Kajian dan penyelidikan mendapati, minyak ikan Omega-3 yang asli merupakan sumber terbaik DHA, EPA dan DPA iaitu 3 jenis Omega-3. Secara am, kita melihat khasiat ikan hanya kepada protiennya, jadi mari kita ambil tahu beberapa risiko penyakit yang dapat dikurangkan dengan khasiat Omega-3 ini.

 Asthma
 Kanak-kanak yang suka makan ikan didapati kurang mendapat risiko asthma.

Penyakit Jantung 
Makan ikan setiap minggu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.  Ia dapat :
  • mengurangkan pembekuan darah dan imflamasi,
  • memperbaiki keanjalan pembuluh darah,
  • menurunkan tekanan darah, 
  • menurunkan lemah dan menggalakkan kolestrol baik.
Asid lemak Omega-3 dapat memecahkan darah beku sebelum ia menjadi lebih mudarat.

Otak dan Mata
  • Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 menyumbang kepada kesihatan tisu otak dan retina mata.
  • Bagi wanita yang hamil atau ibu yang menyusu pula, pengambilan Omega-3 dapat memberi impak kepada kecerdikan dan keriangan bayi.

Penglihatan
Kanak-kanak yang menyusu dengan ibu yang gemar memakan ikan pula, mempunyai penglihatan yang baik kesan dari pengambilan Omega-3 ibu tadi.

Radang Arthritis
Pengambilan ikan yang kerap dapat mengurangkan simptom arthritis reumatoid, psoriasis, dan penyakit autoimun.  Untuk pesakit arthritis, para penyelidik mendapati Omega-3 bukan sahaja boleh menentang imflamasi malah dapat ditukar kepada sebatian antikeradangan.
Kencing Manis
Pengambilan ikan oleh pesakit kencing manis pula dapat melaraskan paras gula darah.

Dimenthia
Wargatua yang makan ikan atau makanan laut seminggu sekali kurang berisiko menjadi nyanyuk atau mendapat Alzheimer.

Osteophorosis
Pengambilan minyak ikan yang tinggi dapat mengurangkan risiko osteophorosis. Ia amat membantu wanita berusia atau selepas menopaus.

Kanser
Omega-3 dari minyak ikan dapat membantu mencegah tiga jenis kanser yang paling kerap menyerang iaitu:
  • kanser payudara
  • kanser usus
  • kanser prostat
Minyak ikan Omega-3 didapati berupaya menghentikan pembentukan sel kanser.

Depresi
Mereka yang kerap makan ikan didapati kurang mendapat kemurungan.

Kulit dan rambut
Minyak ikan Omega-3 sangat baik untuk kesihatan kulit. Ia berupaya melembapkan kulit juga mencegah kekeringan dan berkeruping.

Waktu Kehamilan
Wanita hamil digalakkan untuk mengambil khasiat Omega-3 ini di trimester ketiga. Selain untuk memindahkan khasiat DHA atau EPA, ia berupaya membantu mengurangkan risiko kelahiran pramatang ataupun tekanan darah tinggi waktu kehamilan.

Kesuburan
Minyak ikan Omega-3 berupaya mengimbangkan dan memperbaiki paras hormon serta meningkatkan aliran darah ke rahim. Oleh itu, semakin banyak asid lemak Omega-3 diperolehi, semakin tinggi peluang untuk hamil!

Wah! Banyak betul khasiat minyak ikan Omega-3 ni kan!  Bagaimanapun, kita harus berwaspada terhadap jenis ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi. Merkuri amat berbahaya untuk kesihatan.  Antara ikan yang bermerkuri tinggi adalah ikan yu, pari, tuna, todak, tenggiri, kerapu dan markerel (kembung besar).  Ikan yang tidak bersisik dikatakan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi.

 Melalui rangkaian kesihatan Shaklee, minyak ikan Omega-3 lengkap dengan EPA dan DHA dikeluarkan. Setiap kapsul lembut OmegaGuard mempunyai 330mg asid lemak tersebut.

Kebaikan minyak ikan Omega-3 Shaklee ini, dihasilkan menerusi penyulingan propriteri (berperingkat). OmegaGuard telah melalui proses penyulingan yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanafaat & semulajadi. Seterusnya bahan berbahaya seperti merkuri & plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan disingkirkan.*
Jadi, pilih yang terbaik untuk kesihatan anda.  Sms/call untuk sebarang pertanyaan juga  dapatkan harga terbaik dari saya berserta konsultansi & tips kesihatan @ 019-6698352.


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment