Thursday, 27 September 2012

Diet Semasa Haid



[Sumber: Tip Gaya Hidup Sihat (Persatuan Pemakanan, Dietitian & Kajian Obesiti Malaysia)]


Ramai remaja didapati mengalami sakit senggugut, kekejangan di bawah abdomen sebelum dan semasa haid. Tiada makanan khusus yang dapat mengurangkan rasa sakit tersebut. Antara rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat kekejangan ini termasuklah mandi air panas dan beruam.
 
Semasa haid, remaja digalakkan mengambil lebih zat besi kerana mereka kehilangan banyak zat besi setiap hari dalam tempoh ini.  Zat besi berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan, dan tahap besi yang rendah iaitu anemia boleh menyebabkan keletihan atau kelesuan, kurang daya tumpuan, juga boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi secara fizikal dan mental. Justeru , adalah disarankan mengambil diet yang seimbang berserta zat besi.

Antara sumber zat besi yang boleh diperolehi dari sumber haiwan termasuklah daging, ikan, ayam, itik, kerang dan ikan bilis. Manakala sumber tumbuhan pula dari kacang pea, sayuran berdaun hijau, buah delima, kismis, dan produk bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

Mereka disarankan mengambil sekurang-kurangnya  satu jenis makanan mengandungi zat besi dari sumber haiwan setiap hari kerana  lebih mudah diserap berbanding sumber tumbuhan.

Untuk menjamin kesihatan, remaja dinasihatkan agar mengamalkan diet seimbang merangkumi pelbagai jenis makanan.  Amalan bersenam turut membantu mengurangkan sakit senggugut dan kekejangan.

Shaklee menyediakan supplemen Vita-Lea iaitu  multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi. 
Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.  Dihasilkan dari 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral. Setiap tablet disaluti dengan serbuk spirulina. Mudah larut dalam air dan tubuh manusia.  Hanya perlu sebiji sehari untuk menampung keperluan sehari-harian anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi @ 019-6698352. Dan dapatkan harga istimewa berserta konsultansi percuma.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment