Friday, 10 August 2012

Persediaan Hamil



Kebanyakan pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, memiliki cahayamata adalah agenda yang seterusnya dalam melayari bahtera perkahwinan. Bagaimanapun, bukan semua pasangan berjaya dalam perancangan tersebut untuk masa terdekat, malah ada juga yang terpaksa melalui pelbagai usaha untuk mendapat kurniaan tersebut.

Untuk hamil, wanita mesti mempunyai kilang telur (ovari) yang berfungsi mengeluarkan benih wanita (ovum), juga tiub fallopian yang menghubungkan benih lelaki (sperma) dan ovum. Seterusnya, rahim & pangkal rahim yang normal. Untuk lelaki pula, sperma & kuantiti sperma perlulah dalam tahap kualiti & kuantiti yang mencukupi.

Seterusnya, adalah lebih baik tahap kesihatan ditingkatkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kehamilan berlaku.  Aspek pemakanan, gaya hidup sihat, berat badan yang ideal serta aspek emosi (tidak stress) perlu diambil kira.  Merokok, alkohol dan pencemaran perlu dijauhi.


Berikut adalah antara senarai pemakanan yang elok diambil, antaranya;

Pengambilan Folik Asid serta kumpulan vitamin B
Supplemen folik asid sebanyak 400mcg  boleh dimulakan seawal 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Supplemen ini baik untuk menghalang masalah seperti spina bifida dan ketidaksempurnaan tempurung kepala bayi. Sumber makanan yang mengandungi asid folik adalah bayam, brokoli dan bijirin yang diperkaya.

Kumpulan vitamin B juga penting untuk pembentukan sel. Antaranya B6 untuk meningkatkan tahap prostogen iaitu hormon wanita. Pengambilannya  tidak melebihi 50 mg. B12  pula diperlukan untuk pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang turut bergantung pada vitamin ini.


Pengambilan vitamin C serta E
Vitamin C boleh meningkatkan jumlah & kesuburan sperma. Kekurangannya dalam tubuh boleh  juga menjadi antara penyebab ketidaksuburan. Pengambilan sebanyak 500mg sehari adalah penting untuk tiap orang dewasa.

Vitamin E selain popular sebagai vitamin kulit & jantung,  diperlukan juga untuk fungsi seksual dan meningkatkan tahap kesuburan terutama lelaki berkait dengan kekurangan atau kelainan sperma.

Pengambilan Zink
 Zink dikatakan dapat mengaktifkan sperma. Bagaimanapun jumlah zink tidak perlu melebihi 30mg sehari. Antara makanan yang kaya dengan zink adalah daging merah, bijirin, kekacang, makanan laut dan produk tenusu.


Pengambilan Air kosong
Pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari dikatakan dapat meningkatkan kesuburan & kesihatan.





Set Euphoria D - Kesuburan & Kecantikan


Zink Complex - Mengandungi kandungan zink 15mg setiap kaplet serta kombinasi barli panggang & kalsium

No comments:

Post a Comment